Isu warganegara: Implikasi penghakiman sama seperti ratifikasi ICERD

Isu kewarganegaraan: Implikasi penghakiman sama seperti ratifikasi ICERD

TUN ABDUL HAMID MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan kewarganegaraan automatik diberikan kepada kanak-kanak dilahirkan di luar negara oleh ibu warga Malaysia yang berkahwin dengan lelaki asing mempunyai implikasi sama seperti ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad berkata, tindakan itu disifatkan seperti peribahasa ‘orang Melayu menjadi pak paduk, menang sorak kampung tergadai’.

“Itu jugalah implikasi ratifikasi ICERD yang ditentang oleh orang Melayu dengan jayanya dalam tahun 2018. Jika penghakiman Mahkamah Tinggi ini disahkan oleh Mahkamah Persekutuan, implikasinya samalah dengan ratifikasi ICERD.

“Maka sekali lagi, orang Melayu menjadi Pak Kaduk, menang sorak kampung tergadai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Akhtar Tahir melalui penghakimannya memutuskan perkataan bapa dalam Jadual Kedua Perlembagaan mesti bermaksud dan merangkumi ibu.

Beliau membuat penghakiman itu selepas membenarkan saman pemula difailkan bagi menuntut perisytiharan anak wanita warga Malaysia tetapi berkahwin dengan lelaki rakyat asing agar secara automatik layak memperoleh kewarganegaraan walaupun anak itu dilahirkan di luar negara.

Ia selaras dengan Perkara 8 (2) Perlembagaan yang dibaca bersama dengan Perkara 14 (1)(b) yang tidak bercanggah dengan Bahagian (1)(b) Bahagian II Jadual Kedua Perlembagaan.

Melalui saman pemula difailkan 18 Disember tahun lalu, Association of Family Support and Welfare Selangor & Kuala Lumpur (Family Frontiers) dan enam ibu rakyat Malaysia selaku plaintif menamakan kerajaan sebagai defendan tunggal dan memohon beberapa perisytiharan antaranya Seksyen 1(b) dan Seksyen 1(c) Jadual Kedua Bahagian II Perlembagaan dibaca bersama Perkara 8(2) dengan memasukkan sekali perkataan ibu sebagai syarat bagi kanak-kanak dilahirkan di luar negara diberi taraf kerakyatan secara automatik.

Dalam pada itu, Abdul Hamid menegaskan perlu difahami akan bahayanya implikasi penghakiman berkenaan jika kekal apatah lagi jika ia disahkan oleh Mahkamah Persekutuan, kerana bererti kesemua diskriminasi dalam Perlembagaan Persekutuan adalah menyalahi aspek kesamarataan menurut Perkara 8.

“Selain daripada diskriminasi gender dalam Jadual Kedua, Bahagian ll, perenggan 1(b) yang menjadi isu dalam kes ini, ia juga termasuklah peruntukan mengenai Rejimen Askar Melayu di bawah Perkara 8 (5)(f), Tanah Simpanan Melayu menurut Perkara 89, Bahasa Melayu di bawah Perkara 152 dan perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit dan sebagainya bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara negeri Sabah dan Sarawak di bawah Perkara 153.

“Lebih daripada itu, kesalahan-kesalahan terhadap suruhan agama Islam atau precept of Islam juga boleh diisytiharkan bercanggah dengan peruntukan Kesamarataan di bawah Perkara 8 dan Kebebasan Beragama menurut Perkara 11,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya