PETALING JAYA: “Kita tidak hidup untuk pujian dan penghormatan orang. Kita hidup untuk Allah sayang”.
Demikian perkongsian pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew dalam hantaran terbaharu beliau di Facebook.
Beliau turut menyelitkan sekeping gambar bersama artis, Saiful Apek.
Menurut Ustaz Ebit Lew, tiada yang boleh beri hina dan mulia melainkan Allah.
“Tiada yang berkuasa selain Allah. Dialah pemilik segala-galanya. Baik sangat abang Saiful Apek. Terima kasih abang. Insya-Allah sama-sama kita meneruskan kerja dakwah dan kasih sayang ini. Cinta luar biasa,” katanya.










