Haiwan ternakan berkeliaran dilelong - Utusan Malaysia

Haiwan ternakan berkeliaran dilelong

DUA ekor haiwan ternakan yang ditangkap oleh Majlis Daerah Rembau (MDR) dilelong kepada orang ramai di Kendong Farm, Rembau, Negeri Sembilan,  pagi tadi.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Dua ekor haiwan ternakan yang ditangkap oleh Majlis Daerah Rembau (MDR) dilelong kepada orang ramai di Kendong Farm, di sini pagi tadi.

Yang Dipertua MDR, Mohamad Najib Mustafa berkata, haiwan yang disita itu adalah dua ekor anak lembu yang ditangkap dalam operasi di Kampung Kundur Tengah pada 2 September lepas.

Menurutnya, dalam operasi yang dijalankan selama dua hari itu iaitu pada 1 dan 2 September lalu, sebanyak enam ekor haiwan ternakan berkeliaran telah ditangkap kerana menganggu lalu lintas serta mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya.

“Bagaimanapun, sebanyak empat ekor ternakan telah dituntut oleh pemiliknya dan kesemuanya dikehendaki membayar sebanyak RM 1,100  iaitu kompaun beserta kos tahanan bagi setiap ekor ternakan yang dituntut. Baki dua ekor anak lembu ini masih tidak dituntut.

“Lelongan pertama kali untuk tahun ini dibuat mengikut prosedur ditetapkan iaitu selepas tidak ada tuntutan daripada pemilik dalam tempoh tujuh hari yang dberikan oleh MDR bermula daripada tarikh ia ditangkap,” katanya ketika dihubungi hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN