Guan Eng adakan pertemuan di pejabatnya di Komtar - Saksi - Utusan Malaysia

Guan Eng adakan pertemuan di pejabatnya di Komtar – Saksi

LIM GUAN ENG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu, pemilik syarikat Consortium Zenith Beijing Urban Construction Group (CZBUCG), Datuk Zarul Ahmad Mohd. Zulkifli pernah mengadakan beberapa perbincangan dengan Lim Guan Eng berhubung perkembangan projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Farida Hani Yacob yang merupakan bekas Setiausaha Sulit Guan Eng memberitahu, pertemuan sering diadakan di Pejabat Ketua Menteri di Komtar.

Menurut saksi pendakwaan keenam, beliau mula mengenali Zarul Ahmad sebagai pemilik CZBUCG sejak media melaporkan projek terowong di Pulau Pinang.

Ketika membacakan pernyataan saksi, Farida Hani memberitahu, pertemuan bekas Ketua Menteri itu dengan Zarul Ahmad tidak terlalu kerap kerana seingatnya ia berlaku kurang daripada lima kali.

Sementara itu seorang lagi saksi, Pengurus Besar WCT Construction Sdn. Bhd, Ooi Bok Thian, berkata meskipun syarikatnya mempunyai pengalaman dalam projek pembinaan terowong dasar laut, namun, markah penilaian teknikal dan kewangan bagi projek hanyalah sebanyak 59.

Bok Thian, memberitahu syarikat CZBUCG mendapat markah tertinggi sebanyak 93 bagi keseluruhan penilaian teknikal dan kewangan bagi projek pembinaan jalan utama dan terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Mahkamah sedang mendengar perbicaraan terhadap Guan Eng, 60, yang didakwa terhadap tuduhan pindaan menerima suapan bagi dirinya wang berjumlah RM3.3 juta sebagai tindakan membantu syarikat milik Zarul Ahmad dilantik melaksanakan projek bernilai RM6.3 bilion.

Tertuduh didakwa menggunakan kedudukan beliau semasa menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang melakukan perbuatan itu di antara bulan Januari 2011 dan Ogos 2017 di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Tingkat 28, Komtar.

Perbicaraan di hadapan Hakim Azura Alwi bersambung esok. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya