FAM ambil jalan mudah? - Utusan Malaysia

FAM ambil jalan mudah?

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Tindakan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan dan Liga Bola Sepak Amatur (AFL) mengambil jalan mudah membatalkan tiga kejohanan atas alasan Covid-19 membuatkan berlakunya lambakan pemain yang tidak dapat beraksi.

Piala Belia, Piala Presiden dan Liga M3 merupakan platform buat pemain-pemain muda dan juga mereka yang berada di penghujung karier untuk beraksi mencari sumber pendapatan.

Pembatalan kejohanan itu buat tahun kedua berturut-turut sudah pasti memberi impak besar kepada karier kedua-dua generasi berkenaan.

Bagi bekas pemain Liga Super, Perdana dan Liga M3 yang enggan nama dikenali mengakui kesan itu dialaminya sendiri pada musim lepas dan juga rakan-rakan sepasukannya.

“Kalau tidak mahu jalankan Liga M3 sekalipun, langsungkan Piala Belia dan Presiden. Sebab apa pemain-pemain ini masih dibawah Persatuan Bolasepak Negeri , nak tak nak negeri perlu keluarkan peruntukan untuk melakukan swab test dan segalanya.

“Ini tidak membatalkan semua, kesian kepada perkembangan mereka untuk membina karier. Kos tinggi, betul tetapi itu tanggungjawab Persatuan Bolasepak Negeri sendiri kena bayar.

“Pembangunan budak-budak muda yang baru nak menempa nama akan terencat di peringkat umur mereka. Dengan lambakan pemain, pemain Liga M3 yang sumber pendapatan hanya bergantung dengan bermain bola, banyak kesan.

“Kita akur dengan keputusan tersebut atas faktor keselamatan, selain kekangan yang dihadapi disebabkan Covid-19 tetapi sampai bila virus ini terus dijadikan alasan tanpa mencari jalan penyelesaian. Jika 10 tahun virus masih sama, maka apa akan jadi kepada bola sepak kita?,” katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya