Enam kawasan terkesan paip pecah di Shah Alam - Utusan Malaysia

Enam kawasan terkesan paip pecah di Shah Alam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Enam kawasan di dalam Wilayah Shah Alam akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual akibat insiden paip pecah di Persiaran Perusahaan, Seksyen 23 bermula malam ini.

Menurut Pengurusan Air Selangor Sdn.Bhd. (Air Selangor), antara kawasan yang terlibat adalah Seksyen 18, Seksyen 19,Seksyen 20, Seksyen 23, Seksyen 24 dan Seksyen 25.

“Kerja-kerja pembaikan ini dijangka siap sepenuhnya pada pukul 6 pagi esok.

“Bekalan air akan disalurkan setelah kerja-kerja pembaikan siap dilaksanakan secara berperingkat-peringkat dan dijangka pulih sepenuhnya pada pukul 12 tengah hari esok,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Tambahnya, para pengguna yang terjejas dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemat sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini.

Jelas Air Selangor lagi, lori-lori tangki akan digerakkan ke kawasan yang terjejas dengan keutamaan diberikan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, pusat dialisis dan upacara pengkebumian.

“Para pengguna diharap dapat mematuhi penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka semasa mengambil bekalan air daripada lori-lori tangki ini,”katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya