Empat lelaki ditahan kes penipuan tawaran pekerjaan

Empat ditahan kes penipuan tawaran pekerjaan

KOMPUTER riba antara barang kes yang dirampas selepas penahanan empat lelaki di sebuah apartment di bandar Bentong di Bentong, Pahang. - FOTO/IHSAN IPD BENTONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Empat orang lelaki tempatan ditahan oleh polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (BSJK) di sini kerana melakukan penipuan tawaran pekerjaan kepada orang ramai di daerah ini.

Ketua Polis Bentong, Superintenden Zaiham Mohd. Kahar berkata, anggota polis telah membuat serbuan dan tangkapan terhadap empat lelaki berkenaan berusia antara 20 hingga 29 tahun di sebuah apartment di bandar ini pada pukul 12 tengah hari semalam.

“Hasil siasatan awal mendapati kesemua suspek terlibat dengan sindiket penipuan tawaran pekerjaan dengan pembelian secara atas talian yang beroperasi sejak awal bulan ini.

“Modus operandi suspek menawarkan peluang pekerjaan sampingan ‘wang mudah’ (easy money) kepada orang awam untuk menjadi ejen pembelian dalam talian menerusi laman sosial Fecebook,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Zaiham, mangsa yang tertarik dengan tawaran yang lumayan itu akan menghubungi suspek melalui nombor telefon yang tertera menggunakan aplikasi WhatsApp yang dipapar di ruangan iklan berkenaan.

“Suspek akan memperdayakan mangsa dengan janji pekerjaan, bayaran pendahuluan perlu dibuat oleh mangsa dan akan dikembalikan bersama komisyen pembelian bergantung kepada jumlah bayaran.

“Setelah mangsa membuat pembayaran ke dalam akaun berkenaan, suspek akan menyekat nombor supaya mangsa tidak dapat menghubunginya semula,” katanya.

Beliau berkata, suspek direman selama dua hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan sekira disabitkan kesalahan, hukuman penjara selama tempoh tidak kurang dari satu tahun dan tidak melebihi 10 tahun dan sebatan.

“Orang ramai perlu lebih berwaspada dengan sindiket tawaran kerja pembelian dalam talian e-dagang yang sangat aktif ketika ini,” katanya.

Ujarnya, sebarang pertanyaan atau maklumat boeh disalurkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong di talian 09-2222222 atau menghubungi balai polis berhampiran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya