Emma belum guna duit RM10.3 juta - Utusan Malaysia

Emma belum guna duit RM10.3 juta

EMMA RADUCANU memahat sejarah tersendiri di Terbuka AS apabila muncul pemain pusingan kelayakan pertama merangkul kejuaraan Grand Slam selepas menewaskan Leylah Fernandez di pentas akhir, 12 September lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Bintang Britain, Emma Raducanu berhasrat membelanjakan sebahagian daripada wang kemenangannya di Terbuka Amerika Syarikat (AS) ke arah sukan tenis.

Kata pemain berusia 18 tahun itu, setakat ini dia masih belum menggunakan duit 1.8 juta pound (RM10.3 juta) yang diraihnya di Flushing Meadows, New York.

“Saya belum membeli apa-apa. Saya tahu tenis adalah sukan yang agak mahal, jadi wang kemenangan itu akan terarah kepada perkara berkenaan.

“Saya tidak fikirkan untuk berbelanja perkara lain. Saya juga tahu perlu membayar cukai yang agak tinggi.

“Sejujurnya saya masih belum ada masa untuk melihat akaun bank kerana baru tiba di rumah,” katanya.

Emma memahat sejarah tersendiri di Terbuka AS apabila muncul pemain pusingan kelayakan pertama merangkul kejuaraan Grand Slam selepas menewaskan Leylah Fernandez di pentas akhir, 12 September lalu.

Sementara itu, pemain berdarah campuran Romania-China itu mengakui sangat teruja apabila dapat bertemu pelumba Formula Satu (F1), Lewis Hamilton.

Dia yang juga peminat permotoran bertemu juara dunia tujuh kali itu di New York pada satu pertemuan di Met Gala.

“Saya berkesempatan menghadiri Met Gala dan bercakap bersama Lewis. Sangat teruja dapat bertemu dan bercakap dengannya.

“Saya juga berasa sangat bangga dan bertuah dijemput ke majlis itu,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya