Duta Besar Indonesia optimis pemerintahan Ismail Sabri - Utusan Malaysia

Duta Besar Indonesia optimis pemerintahan Ismail Sabri

HERMONO beramah mesra dengan sebahagian  kakitangan kedutaan yang menyertai program kempen derma darah bagi memperingati Hari Ulangtahun Kemerdekaan Republik Indonesia ke-76 di Kedutaan Besar Indonesia, Kuala Lumpur. UTUSAN/MOHD FARIZWAN HASBULLAH 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kedutaan Besar Indonesia optimis meningkatkan hubungan kerjasama antara Indonesia dan Malaysia dengan Kabinet baharu diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono berkata, pihaknya berharap Kabinet baharu berkenaan lebih meningkatkan kerjasama kedua-dua negara yang sudah menjadi tradisi sejak dahulu. 

Kata beliau, pihaknya memberikan komitmen untuk kedua-dua negara terutama melibatkan permasalahan bilateral dan regional. 

“Kita optimis pemerintahan baharu ini dengan kedua-dua negara termasuk menyelesaikan persoalan kedua-dua negara seperti masalah imigran, sempadan dan lain-lain. 

“Kita memberi komitmen bukan hanya masalah bilateral, tetapi masalah-masalah regional seperti masalah Myanmar, Afghanistan dan Myanmar,” katanya ketika ditemui pemberita di Kempen Derma Darah yang dianjurkan Pejabat Kedutaan Indonesia Kuala Lumpur dengan kerjasama Pusat Darah Negara. 

Kempen itu dianjurkan sempena memperingati ulang tahun kemerdekaan Republik Indonesia dan Malaysia yang melibatkan warganya. 

Tambah Hermono, pihaknya juga berharap Ismail Sabri dapat menjadikan Indonesia sebagai negara pertama yang dikunjungi bagi meningkatkan lagi kerjasama kedua-dua buah negara. 

Bagaimanapun, katanya, pihaknya tidak menafikan Ismail Sabri mempunyai hasrat untuk menjadikan Indonesia sebagai negara pertama yang dikunjungi beliau. 

“Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah sudah menyampaikan perancangan kunjungan perdana menteri ke Indonesia, tetapi masih menunggu waktu yang sesuai. 

“Ini menunjukkan betapa pentingnya hubungan Indonesia dan Malaysia kerana sudah menjadi tradisi Indonesia menjadi negara pertama dikunjungi (pemerintah baharu) sebelum ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya