Dua pemancing dikhuatiri lemas - Utusan Malaysia

Dua pemancing dikhuatiri lemas

ANGGOTA bomba melakukan operasi mencari dua pemancing yang dikhuatiri lemas selepas hanya menemukan bot di Jeti Mados Kampung Air Putih di Kota Tinggi, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Dua pemancing dikhuatiri lemas selepas hanya bot dinaiki mereka ditemukan di Jeti Mados Kampung Air Putih, di sini, malam tadi.

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Penguasa Bomba Al Hasra Mohamed berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 11.47 malam sebelum menghantar 10 anggota ke lokasi.

“Makluman awal diterima mendapati kedua-dua mangsa dipercayai sedang memancing ketika kejadian dan dipercayai lemas selepas bot mangsa sahaja ditemukan.

“Mangsa dikenali sebagai Ramdan Sulaiman, 50, dan Amiruddin Abdul Malik, 53. Jarak bot dinaiki mereka daripada jeti dianggarkan 400 meter dan keadaan air berkedalaman 15 meter.

“Ketika kejadian dimaklumkan cuaca baik. Pihak polis yang menerima maklumat awal kemudian telah memaklumkan kepada pihak bomba bagi membantu pencarian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Johor juga telah berada di lokasi bagi menjalankan pencarian di lokasi tersebut.

Jelasnya operasi pencarian melibatkan ‘surface searching’ yang turut dibantu Pasukan Polis Marin (PPM).

Operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan ketika ini. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN