fbpx

16 Oktober 2021, 11:18 am

  TERKINI

Dr. Zulkifli kupas soal jawab agama menerusi portal Maktabah Al-Bakri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Hukum makan dakwat sotong dan hukum solat berimankan perokok sehinggalah isu makan daging stik yang masih merah.

Itu antara isu-isu agama yang dikupas bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri menerusi rangkaian media sosial terbaharunya, Maktabah Al-Bakri.

Maktabah Al-Bakri tampil dengan pelbagai soal jawab agama yang lebih dekat dengan  masyarakat termasuk berkaitan hukum-hukum solat, amalan seharian dan pemakanan.

Antara soal jawab agama yang dikupas termasuk hukum sengaja hadir lewat solat Jumaat, solat dengan memakai singlet, hukum cabut uban dan hukum mengumpul patung figura aksi.

Selain itu, Zulkifli turut mengupas hukum belanja makan daripada wang judi, perawat lelaki menyentuh pesakit wanita, air zamzam dijadikan ubat dan berwuduk dengan air banjir.

Hampir setiap hari ada sahaja isu-isu agama yang dikongsi Zulkifli menerusi Maktabah Al-Bakri sejak awal bulan ini.

ZULKIFLI MOHAMAD Al-BAKRI

Zulkifli menerusi perkongsian di twitter memaklumkan, soal jawab agama yang dimuat naik menerusi Maktabah Al-Bakri disediakan sendiri olehnya menerusi rangkaian media sosial Maktabah Al-Bakri di laman Facebook, Twitter, Instagram dan Youtube.

“Malah, penyediaan soal jawab agama itu turut dibantu oleh kumpulan penyelidik di bawah seliaan saya,” kata bekas Mufti Wilayah Persekutuan itu.

Maktabah Al-Bakri juga menyediakan pelbagai perkhidmatan lain seperti jualan e-buku, webinar, kursus dalam talian dan siri-siri kuliah agama.

Sejak aktif di media sosial awal bulan ini, Maktabah Al-Bakri sudah mempunyai lebih 36,000 di Facebook, hampir 1,500 pengikut di Twitter dan 65,000 pengikut di Youtube. – UTUSAN ONLINE

 

 

POPULAR

KOSMO! TERKINI