Dasar keselamatan bekalan makanan perlu pembaharuan, pembaikan

[Parlimen]: Dasar keselamatan bekalan makanan perlu pembaharuan, pembaikan

Saifuddin Nasution Ismail
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dapatan daripada pakar-pakar makanan dari universiti tempatan mendapati dasar yang dilaksanakan kerajaan berkaitan isu keselamatan makanan masih perlu pembaikan dengan memberi fokus pada perkara penting.

Datuk Seri Saifuddin Nasution (PH- Kulim Bandar Bharu) di Dewan Rakyat hari ini menjelaskan, hal itu berikutan tidak ada dasar yang konkrit dan komprehensif sejak merdeka, dasar pembangunan dibuat tetapi mengabaikan sektor pertanian dan pelaksanaan dasar yang berubah-ubah serta tidak strategik.

Memberi soalan tambahan, Saifuddin meminta supaya Kementerian Pertanian dan Industri Makanan untuk beri penjelasan lanjut kepada Dewan di antara pembentangan dasar dengan fokus kementerian boleh benar-benar menjawab isu keselamatan makanan. Import makanan di negara kita terus meningkat, jadi apa jaminan dasar yang diumumkan itu boleh meredakan masalah itu.

Menjawab persoalan yang dibangkitkan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat itu, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I, Datuk Seri Ahmad Hamzah (BN) berkata, pihaknya memahami cabaran yang sedang dihadapi.

“Semasa kita menghadapi pandemik, MAFI berjaya memastikan bekalan makan mencukupi dan tiada menghadapi masalah.

“Dasar yang telah ditetapkan itu Dasar Agromakanan negara dan 2.0 daripada 2021 hingga 2025 dan MSKN untuk sekuriti makan cukup untuk menggariskan apa sahaja keperluan yang akan kita hadapi. Oleh itu, kita ada satu pasukan yang akan sentiasa memantau secara harian tentang apa sahaja keperluan dan kekurangan yang kita hadapi ketika ini.

“Contoh dasar kita berkaitan beras, walaupun dasar kita adalah 70-30 iaitu 70 peratus adalah bekalan daripada dalam negara. Bagaimanapun walaupun kita berselesa dengan dasar ini tetapi MAFI telah mengambil pendekatan untuk mengkaji untuk meningkatkan pengeluaran kita untuk lima tahun akan datang untuk kita hasilkan 75 peratus,” jelasnya secara lisan.

Di dalam sesi yang sama, Ahmad sebelum itu menjelaskan tentang agenda transformasi dan permodenan sektor pemakanan negara khususnya bagi menjamin bekalan makanan yang menjadi agenda utama kementerian.

Strategi-strategi itu akan diterjemahkan menerusi pelaksanaan dasar agromakanan negara dan juga pelan tindakan dasar sekuriti makanan negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN