DAP ibarat tolak ekuiti bumiputera dipertingkat - Bersatu

DAP ibarat tolak ekuiti bumiputera dipertingkat – Bersatu

KHAIRUL ANUAR RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: DAP seolah-olah tidak mahu bumiputera mendapat hak selayaknya selepas parti itu didakwa mengetepikan kedudukan golongan tersebut dalam pemilikan syarikat di Malaysia, kata Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Ketua Penerangan Bersatu Negeri Kedah, Khairul Anuar Ramli berkata, agenda DAP itu perlu dibantah terutama apabila melibatkan kedudukan bumiputera di negara ini.

“Kenyataan terbaharu Lim Guan Eng membayangkan bahawa DAP tidak mahu lihat ekuiti bumiputera dipertingkatkan.

“Sebagai sebuah negara yang terasnya bumiputera, kita wajib berusaha mempertingkat pemilikan ekuiti di kalangan bumiputera. Tetapi DAP tidak pernah selesa dengan agenda ini.

“Inilah sikap DAP yang kita mesti lawan. Apabila tiba ke agenda bumiputera, ada sahaja alasan yang diberikan,” jelasnya dalam satu catatan yang disiarkan menerusi laman Facebook.

Walaupun begitu, Khairul Anuar menegaskan, berita itu jelas menyebut bahawa apabila mereka mempunyai kuasa, Guan Eng akan menolak cadangan pelaksanaan syarat 51 peratus pemilikan bumiputera dalam syarikat penghantar fret.

“Sebab itulah sebarang usaha membawa DAP kembali ke Putrajaya dalam satu jajaran baru hanya akan menyebabkan usaha pemerkasaan bumiputera terhalang,” katanya.

Hal itu dinyatakan susulan laporan Free Malaysia Today (FMT) bertarikh 23 September 2021 bertajuk Syarat 51 peratus pemilikan Bumiputera ‘tidak berperlembagaan’ oleh Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng.

Terdahulu, Guan Eng berkata, beliau menolak cadangan pelaksanaan syarat 51 peratus pemilikan bumiputera dalam syarikat penghantar fret ketika menjadi menteri kewangan dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Dalam laporan itu, Ahli Parlimen Bagan itu memberitahu bahawa cadangan pelaksanaan syarat terbabit dibangkitkan ketika beliau memegang jawatan berkenaan tetapi ia tidak diluluskannya.

Menjelaskan perkara itu, Guan Eng menganggap perkara itu tidak adil kepada mereka yang telah membina dan melabur dalam syarikat ini sejak bertahun-tahun berdasarkan syarat sedia ada dan secara tiba-tiba ia berubah tanpa mengikut laluan yang betul. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya