DAP gesa suntik Dana Covid-19 - Utusan Malaysia

DAP gesa suntik Dana Covid-19

LIM GUAN ENG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: DAP menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob segera menyuntik dana tambahan bagi Dana Covid-19 yang hampir habis untuk dibelanjakan. 

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, RM45 bilion diperlukan bagi menambah dana tersebut yang hanya berbaki RM8.6 bilion untuk dibelanjakan pada separuh kedua tahun ini berbanding RM18.4 bilion yang dibelanjakan pada separuh pertama tahun. 

Katanya, ini berikutan sistem kesihatan negara berada di ambang kelumpuhan dengan banyak hospital tidak dapat bertahan lagi, bahkan tidak dapat memastikan jarak fizikal untuk mencegah jangkitan.

“Lebih banyak dana diperlukan bagi memerangi Covid-19 terutama untuk mempercepat vaksinasi, melaksanakan pemeriksaan ujian massa Cari, Uji, Kesan, Kuarantin dan Sokongan. 

“Ditambah dengan Vaksinasi (FTTIS + V) seperti yang disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), memastikan hospital dan perkhidmatan kesihatan negara dikendalikan serta diperuntukkan sepenuhnya dengan katil, ubat-ubatan, dan kemudahan yang mencukupi untuk merawat pesakit yang sakit,” katanya dalam satu hantaran di Facebook. 

Ahlli Parlimen Bagan itu berkata demikian bagi mengulas jangkitan Covid-19 yang semakin meningkat dengan jumlah kes keseluruhan melebihi 1,900,467 kes dan merekodkan lebih 19,000 kes kematian setakat semalam. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN