PUTRAJAYA: Malaysia mencatatkan kematian sebenar akibat Covid-19 (purata tujuh hari) iaitu 108 kes semalam sekali gus merekodkan penurunan kes berbanding kelmarin, 133 kes.
Rekod itu adalah setakat pukul 9 pagi ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my.
Jumlah kematian sebenar pula belum dikemas kini yang mana sebanyak 19 kes direkodkan kelmarin manakala bagi jumlah kes tertunggak yang tidak dilaporkan berlaku sedikit peningkatan, iaitu sebanyak 388 kes berbanding semalam, 346 kes.
Jumlah kematian menjadikan jumlah terkini sebanyak 22,743 kes.
Sebanyak 64 daripada 388 kematian melibatkan kes yang dibawa ke hospital (BID) dengan jumlah keseluruhan kes BID sebanyak 4,327 kes.
Seramai 1,204 kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) manakala 708 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan (ABP).
Jika dibahagikan mengikut negeri, Selangor mencatatkan kematian dilaporkan 167 kes manakala kematian sebenar (purata tujuh hari), 11 kes diikuti Johor (76/27), Kedah (48/5), Pulau Pinang (24/17), Sabah (22/14), Kuala Lumpur (12/4), Pahang (12/4), Kelantan (10/5), Perak (7/7), Terengganu (5/3), Sarawak (2/5), Perlis (2/1), Negeri Sembilan (1/2) dan Melaka (0/3).
Bagaimanapun, Labuan dan Putrajaya tidak mencatatkan sebarang kematian bagi dua kategori itu. – UTUSAN ONLINE