Co-opbank peruntuk RM120,000 bantu golongan terjejas

Co-opbank peruntuk RM120,000 bantu golongan terjejas

KAMARI ZAMAN JUHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Co-opbank Pertama (CBP) memperuntukkan sebanyak RM120,000 bagi meneruskan siri Program Kotak Rezeki CB-Prihatin untuk membantu golongan asnaf, fakir miskin dan B40. 

Menurut CBP, agihan kotak rezeki dibuat menerusi 12 cawangan CBP terpilih di Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan di sepanjang bulan Ogos dan September. 

Katanya, program menerusi peruntukan wakalah wakalah zakat perniagaan CBP itu diberikan kepada golongan berkenaan yang menetap dalam lingkungan berhampiran dengan cawangan CBP sempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia tahun ini. 

Dalam pada itu, Pengerusi CBP, Kamari Zaman Juhari berkata, objektif utama CBP menganjurkan program tersebut adalah untuk melaksanakan tanggungjawab sosial CBP kepada komuniti yang memerlukan bantuan terutama golongan asnaf, fakir, miskin serta golongan B40 yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Selain itu, ia juga bertepatan dengan hasrat untuk merealisasikan semangat Keluarga Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia ke-58 pada tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.