Cheng Hoe ada perancangan tersendiri - Utusan Malaysia

Cheng Hoe ada perancangan tersendiri

TAN Cheng Hoe memiliki perancangan tersendiri apabila menyenaraikan hanya lima pemain daripada JDT.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Keputusan ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe menyenaraikan hanya lima pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) menjadi perbualan hangat dalam kalangan peminat.

Ada pihak menyifatkan tindakan Cheng Hoe itu dibuat kerana tidak mendapat pelepasan daripada JDT yang mahu memberi fokus kepada saingan Piala Malaysia dan tidak mahu pemain mereka mendapat kecedraan.

Tindakan itu bakal memberi kesan kepada skuad negara yang akan berdepan pasukan ranking ke-93 dunia, Jordan dan pasukan ranking ke-84 dunia, Uzbekistan.

Bagaimanapun, Cheng Hoe menafikan dakwaan sambil menegaskan senarai pemain yang dipanggil telah diputuskan barisan kejurulatihan selepas mengambil kira semua faktor.

“Itu (dakwaan JDT tidak lepaskan pemain), ia adalah pandangan atau andaian masing-masing tapi kami barisan jurulatih dan pengurusan sentiasa berbincang untuk membuat keputusan yang terbaik buat pasukan.

“Kita pun nak jaga imej negara juga, kita bukan tidak ambil berat mengenai mana-mana pemain,” kata Cheng Hoe.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya