Chelsea menanti ketibaan City - Utusan Malaysia

Chelsea menanti ketibaan City

ROMELU Lukaku bakal menjadi nadi di bahagian serangan buat skuad Chelsea ketika berdepan Manchester City.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Chelsea akan berdepan cabaran juara bertahan, Manchester City dalam usaha mengekalkan kedudukan selaku pendahulu saingan Liga Perdana Inggeris manakala Liverpool dan Manchester United sedang mengejar skuad kendalian Thomas Tuchel.

The Blues dilihat bersedia untuk memburu kejuaraan sejak 2017 selepas berjaya mendapatkan kembali khidmat Romelu Lukaku di bahagian serangan.

Bagaimanapun, Liverpool dan United berjaya menyamai kekuatan mereka dengan ketiga-tiga pasukan terikat dengan 13 mata selepas lima perlawanan.

Walaupun saingan musim ini masih baharu, bekas kapten England, Alan Shearer menjangkakan Chelsea adalah pasukan yang sukar dicabar.

Skuad kendalian Tuchel menewaskan City sebanyak tiga kali muism lalu temasuk di final Liga Juara-Juara.

Sejak itu mereka berjaya mendapatkan Lukaku dan memperkuatkan barisan pertahanan dengan hanya bolos satu gol musim ini dalam saingan liga.

“Bukan hanya Lukaku menjadikan mereka kuat.

“Mereka menang Liga Juara-Juara tanpa dia tetapi ketibaannya ke dalam pasukan menambahkan pilihan dalam pasukan,” katanya.

Walaupun masih terlalu awal, Pep Guardiola tidak mahu meninggalkan London dengan ketinggalan enam mata di belakang seterunya.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.