Bukan cabar saya seorang, tetapi MCA Malaysia - Jian Boon - Utusan Malaysia

Bukan cabar saya seorang, tetapi MCA Malaysia – Jian Boon

CHUA Jian Boon menunjukkan laporan polis yang dibuat selepas menerima ugutan daripada pihak tidak dikenali kerana membantu mangsa sindiket ah long di Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Tindakan pihak yang melakukan ugutan kepada Timbalan Ketua Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA Malaysia, Chua Jian Boon adalah satu perbuatan yang mencabar MCA seluruh negara.

Jian Boon berkata demikian selepas mendedahkan beliau menerima ugutan daripada pihak yang tidak dikenali selepas mengadakan sidang akhbar berkaitan seorang wanita yang menjadi mangsa sindiket ah long.

Katanya, ugutan tersebut dibuat menerusi panggilan telefon kepada bapanya yang berusia 58 tahun, kelmarin.

“Dalam panggilan itu, individu berkenaan menyatakan kepada bapa saya untuk saya tidak sibuk membantu orang atau jika tidak mereka  membakar rumah kami.

“Saya menganggap tindakan pihak berkenaan membuat ugutan sebagai satu cabaran, bukan kepada saya seorang tetapi kepada MCA Malaysia.

“Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA diwujudkan untuk membantu pelbagai lapisan masyarakat yang menjadi mangsa perbuatan jenayah, termasuk ugutan sindiket ah long,” katanya dalam sidang akhbar di Pejabat MCA Pasir Gudang, di sini hari ini. Turut hadir, Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Pasir Gudang, Lim Thow Siang,

Isnin lalu, Jian Boon mengadakan sidang akhbar berkenaan seorang wanita yang menjadi mangsa ugutan sindiket ah long kerana mendakwa bapanya berhutang dengan sindiket tersebut sebanyak RM50,000.

Sehubungan itu, Jian Boon telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai, pada pukul 9 pagi semalam.

Menurut Jian Boon lagi, walaupun berasa takut namun ugutan itu tidak akan melunturkan semangatnya untuk terus berkhidmat kepada rakyat negara ini.

“Setelah setahun menjawat jawatan ini dan mengendalikan lebih 300 kes ugutan ah long, ini adalah kali pertama saya sendiri menerima ugutan yang dipercayainya daripada sindiket ah long sendiri,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya