Bapa MB Selangor meninggal dunia - Utusan Malaysia

Bapa MB Selangor meninggal dunia

CIAPAN Amirudin Shari dalam Twitternya memaklumkan kali terakhir berkomunikasi dengan arwah bapanya petang tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Bapa kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari meninggal dunia akibat komplikasi pernafasan hari ini.

Amirudin menerusi ciapan di akaun Twitter miliknya memaklumkan beliau kali terakhir menghubungi Allahyarham Shari Mokhsin, 67, pada pukul 1.27 petang tadi.

“Komunikasi terakhir dengan abah tadi melalui WhatsApp.

“Jam 5.30 petang dapat berita abah sudah meninggal dunia,” katanya.

Menerusi ciapan itu, beliau berkata, sejak kanak-kanak kerap terfikir bagaimana harus melalui keadaan apabila orang yang hampir dan rapat meninggal dunia.

“Terimalah takdir bahawa mati  itu pasti bagi yang hidup,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Politiknya, Juwairiya dalam kenyataan memaklumkan, jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Kampung Parit Asam Kumbang, Benut, Pontian, Johor pagi esok.

“Marilah bersama-sama kita doakan agar urusan terakhir Allahyarham dipermudahkan.

“Moga roh Allahyarham dicucuri rahmat-Nya dan diterima segala amal kebaikannya. Al-Fatihah,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN