PETALING JAYA: Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said berhasrat menghantar notis usul kepada Dewan Rakyat berhubung cadangan Rang Undang-Undang (RUU) Pemecatan Ahli Parlimen 2021 pada sidang Parlimen, September ini sebagai titik permulaan kepada recall election.
‘Recall election’ merujuk kepada pemilihan semula seperti diamalkan oleh beberapa negara Komanwel lain.
Jelas Azalina, beliau akan menghantar notis usul itu kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun di bawah Peraturan Mesyuarat 49(1) untuk RUU ahli yang bukan ahli kerajaan.
“Usul RUU yang dicadangkan ini bertajuk Rang Undang-Undang Pemecatan Ahli Parlimen 2021 dan saya berharap usul ini menjadi titik permulaan untuk memperkenalkan pilihan raya pecat di dalam sidang Parlimen September ini.
“Di samping itu saya juga berhasrat untuk mencadangkan penubuhan ‘?????? ????????? ???????? ??? ????????? ???????? ?????’ di antara ahli-ahli Parlimen yang berminat. Ini adalah untuk memperkasakan institusi Parlimen Malaysia dan memartabatkan demokrasi berparlimen di negara kita,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sebelum ini, Azalina pernah mencadangkan pilihan raya bagi memecat wakil rakyat atau recall election diadakan bagi menghalang mana-mana wakil rakyat daripada lompat parti demi kepentingan sendiri.
Dalam pada itu, Azalina melahirkan kebimbangan apabila wujud wakil rakyat yang bukan sahaja membelakangi parti politik yang memberikan watikah pencalonan, tetapi juga akar umbi bersusah payah meraih undi lebih-lebih lagi rakyat membuang undi di atas kepercayaan sebagai wakil parti politik dan manifesto dijanjikan.
Katanya, pemimpin seharusnya menerima persaingan antara parti-parti politik sebagai sesuatu yang positif dan menguntungkan rakyat sekiranya persaingan itu berdasarkan permainan yang munasabah dan bukan dicetuskan daripada perpecahan kelompok yang memudaratkan.
“Saya amat berbesar hati dengan perbincangan di antara kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama blok pembangkang dan bebas untuk memperkenalkan undang-undang mencegah lompat parti.
“Walau bagaimanapun, saya ingin menyarankan bahawa bentuk terbaik untuk undang-undang mencegah lompat parti adalah untuk memperkenalkan ???? ????????? ???? ???????? di mana pengundi boleh menarik balik mandat yang telah mereka berikan kepada wakil rakyat yang membelakangi mereka. Oleh itu, hak untuk memilih wakil rakyat yang baharu atau dikekalkan dikembalikan kepada pengundi,” katanya.