Aliran air bawah tanah punca tanah runtuh di Kemensah Heights - Utusan Malaysia

Aliran air bawah tanah punca tanah runtuh di Kemensah Heights

KEADAAN tanah runtuh di bahagian belakang rumah di Kemensah Heights, Ampang, Selangor semalam. - IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kejadian tanah runtuh di bahagian belakang 19 rumah teres di Jalan Kemensah Heights, Ampang, Selangor, semalam dipercayai akibat pergerakan aliran air bawah tanah selepas hujan lebat di kawasan itu.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Wan Md. Razali Wan Ismail berkata, aliran air bawah tanah berkenaan menyebabkan struktur tanah menggelongsor sehingga menyekat aliran sungai di bawah bukit daripada terus mengalir.

“Kesemua penduduk  dipindahkan ke dewan orang ramai.

“Kerja-kerja pencerunan dilaksanakan pagi ini bersama pihak berkaitan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya