Akibat kes seorang demam, Pekan Padang Tengku kena PKPD - Utusan Malaysia

Akibat kes seorang demam, Pekan Padang Tengku kena PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Penduduk di sekitar Pekan Padang Tengku dalam Daerah Lipis, Pahang antara dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Ahad ini.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md. Saad berkata, namun ia hanya melibatkan sebanyak empat kawasan dalam Mukim Gua melibatkan Kampung Baru, Taman Bakti, Taman Dahlia dan deretan kedai di pekan tersebut susulan kemunculan Kluster Kampung Baru Lipis yang diumumkan semalam.

 Kes indeks wabak dalam komuniti itu berasal daripada seorang warga tempatan yang bergejala demam sejak 22 Ogos sebelum disahkan positif Covid-19 selang dua hari kemudian.

 Seramai 18 kes baharu dikesan hasil saringan ke atas 79 individu dan penularan dari pekan itu turut menyebabkan Kluster Kampung Telemin yang berjiran serta menjangkiti 32 orang lain.

 Turut dilaksanakan PKPD serentak mulai lusa ini ialah dua lokaliti di Perak iaitu Taman Samudera, Daerah Manjung dan Kampung Orang Asli Sungai Cincin, Daerah Batang Padang.

Dalam pada itu, Rodzi menambah, dua lokaliti di Sabah yang sepatutnya tamat PKPD esok, namun disambung 14 hari iaitu Kampung Labuan dan Kampung Ambung Tolus, Kota Belud.

 Namun, lapan lagi lokaliti di negeri itu berakhir PKPD serentak esok dengan dua lokaliti tamat awal daripada jadual iaitu Kampung Menunggui dan Kampung Sayap, di daerah yang sama.

Selebihnya tamat seperti ditetapkan MKN iaitu Kampung Tuguson, Kota Belud; Kampung Tangkuyan, Kinabatangan; Taman Millenium dan Taman Kinabutan Ria, Tawau serta Perumahan Lestari Felda Sahabat 48 dan Ladang Cantawan Silabukan, Lahad Datu.

Baki dua lagi lokaliti yang juga akan berakhir PKPD pada esok terletak pula di Pahang iaitu Taman Balok Makmur, Mukim Sungai Karang, Kuantan dan Flat Damai, Taha, Temerloh. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN