PUTRAJAYA: Malaysia semalam mencatatkan kematian sebenar akibat Covid-19 (purata tujuh hari) iaitu 101 kes berbanding kelmarin yang dilaporkan, 108 kes sebelum ia berubah kepada 124 kes.
Rekod terbabit adalah setakat pukul 10 pagi, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my.
Bagi jumlah kes kematian yang dilaporkan, berlaku penurunan sedikit, sebanyak 334 kes berbanding kelmarin, 301 kes, menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 24,078 kes.
Sebanyak 84 daripada 334 kematian melibatkan kes yang dibawa ke hospital (BID) dengan jumlah keseluruhan kes berkenaan sebanyak 4,648 kes.
Seramai 1,116 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 635 pesakit memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) manakala pesakit yang perlu ditempatkan di wad adalah seramai 10,599 orang manakala 206,473 kes aktif.
Jika dibahagikan mengikut negeri, Selangor mencatatkan kematian dilaporkan 187 kes manakala kematian sebenar harian (purata tujuh hari), sembilan kes diikuti Johor (37/28), Kelantan (20/7), Kuala Lumpur (18/3), Sabah (14/10), Perak (12/7), Sarawak (10/6), Kedah (8/7), Pulau Pinang (7/14), Pahang (7/4), Terengganu (6/2), Negeri Sembilan (5/1), Melaka (3/2) dan Perlis (0/1).
Bagaimana, Labuan dan Putrajaya tidak mencatatkan sebarang kematian bagi dua kategori itu.
Utusan Online semalam melaporkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Malaysia mencatatkan peningkatan kes positif Covid-19 iaitu 15,759 kes berbanding semalam, 14,345 kes sekali gus diatasi 16,650 kes sembuh.
“Tempat kerja dan komuniti masing-masing mencatatkan sembilan kluster Covid-19 sekali gus menjadi penyumbang tertinggi daripada iaitu 23 kluster, hari ini.
“Selain tempat kerja dan komuniti, kumpulan berisiko tinggi merekodkan tiga kluster manakala pendidikan lain dan pendidikan swasta, masing-masing satu kluster,” katanya dalam satu kenyataan, semalam. – UTUSAN ONLINE