JOHOR BAHRU: Dianggarkan sebanyak 50 peratus rakyat dewasa di negeri ini sudah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19, semalam.
Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, perkembangan baik itu diharapkan dapat meningkatkan kadar vaksinasi negeri itu bagi mencapai imuniti kelompok yang disasarkan.
“Alhamdulilah, sebanyak 50 peratus penduduk negeri ini sudah lengkap menerima dua dos vaksin semalam.
“Ini adalah momentum yang bagus untuk Johor,” katanya menerusi ciapan akaun Twitter rasminya, hari ini. – UTUSAN ONLINE