5 termasuk 4 Bangladesh didakwa minta wang sejuta Taka

Lima termasuk empat Bangladesh didakwa tahan rakan senegara minta wang sejuta Taka

Senjata
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJANG: Empat warganegara Bangladesh dan seorang wanita tempatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap pertuduhan melarikan seorang lelaki Bangladesh dan meminta wang sejuta Taka (anggaran RM50,000), bulan lalu.

Mereka ialah Josim, 32, dan isterinya yang merupakan warga tempatan, Faridah Jeya Sly Ramesh, 27; Md. Raihan Hosen, 28; Miah Soraf, 33; serta Nusrat Jahan Bipasha, 26.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada keempat-empat tertuduh selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Majistret Syahrul Sazly Md. Sain.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa atas niat bersama menahan Md. Sohel Rana, 39, dengan cara melarikannya secara salah bagi mendapatkan wang tebusan sebanyak sejuta Taka.

Kesalahan didakwa dilakukan di hadapan sebuah pasar mini, Jalan Damai Mewah di sini pukul 8.30 malam pada 27 Ogos lalu.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 3 (1) Akta Culik 1961 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dihukum mati, boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurul Husna Amran. Md. Raihan dan Josim diwakili peguam Tan Cheng Yee manakala tiga yang lain tidak diwakili peguam.

Tarikh 7 Oktober ini ditetapkan untuk sebutan kes.

Pada 3 September lalu, media melaporkan seorang lelaki warga Bangladesh yang diculik rakan senegaranya berjaya diselamatkan polis dalam serbuan di sebuah rumah di Bandar Teknologi Kajang, di sini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, serbuan itu dibuat selepas pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada seorang lelaki warga Bangladesh.

Menurut polis, mangsa telah dilarikan dua orang lelaki Bangladesh yang kemudian menghubungi isterinya meminta wanita itu memasukkan wang tunai sejuta Taka (anggaran RM50,000) ke akaun bank Bangladesh. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya