33 peniaga ayam di Terengganu setuju turunkan harga

33 peniaga ayam di Terengganu setuju turunkan harga

PEGAWAI penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Terengganu memeriksa harga ayam di pasar-pasar di Terengganu, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Sebanyak 33 peniaga di negeri ini bersetuju mengurangkan harga ayam daripada RM10 sekilogram kepada RM8.50 hingga RM9.50. 

Pengarah Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Terengganu, Saharuddin Mohd. Kia berkata, perkembangan itu susulan persetujuan 33 peniaga termasuk 31 peruncit dan dua pemborong untuk menurunkan harga jualan ayam mereka.

Katanya, kesemua mereka akur untuk berbuat demikian selepas diberikan surat pemberitahuan sebagai peringatan untuk tidak menaikkan harga sewenang-wenangnya.

“Pemeriksaan mendapati 33 peniaga berkenaan menjual ayam pada harga lebih tinggi dan mereka juga merupakan antara 47 orang yang menerima notis pengesahan maklumat barangan (NPMB).

“Pendekatan yang kita ambil ini terbukti berhasil dalam menurunkan harga jualan ayam di seluruh negeri,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Saharuddin menafikan dakwaan wujud kenaikan harga mendadak bagi sayuran seperti bunga kubis, timun dan cili, sebaliknya harga barangan berkenaan masih lagi stabil dan dalam julat ditetapkan.

Bagaimanapun, katanya, penyerahan NPMB kini giat dijalankan pegawai penguatkuasa kepada para peniaga bagi mendapatkan maklumat terperinci mengenai kenaikan harga sayuran tersebut. 

“Tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang cuba mengambil kesempatan dalam situasi sekarang dan kita sentiasa menggerakkan 117 pegawai penguatkuasa setiap hari untuk memeriksa harga serta bekalan di seluruh negeri,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN