Sebanyak 240 premis jalur lebar tetap atasi masalah internet

240 premis jalur lebar tetap atasi masalah internet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA: Sebanyak 240 premis jalur lebar tetap dengan kapasiti gigabit akan disediakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan dijangka mampu menyelesaikan masalah liputan yang dihadapi penduduk kampung sekitar Kepala Batas, Pulau Pinang.

SKMM dalam satu kenyataan berkata, antara kampung yang akan menerima kemudahan tersebut adalah Kampung Lahar Tiang, Kampung Permatang Setar, Kampung Permatang Durian, Kampung Permatang Langsat selain Pangkalan Udara Bomba dan Penyelamat serta Pusat Komuniti dan Perpustakaan Desa.

“Kerja menaik taraf ini adalah sebahagian dari Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) fasa pertama yang dirangka memberikan liputan lebih meluas,” katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, tindakan kerja-kerja untuk menaik taraf liputan jalur lebar tetap di Kampung Lahar Tiang dan kawasan berhampiran sedang berjalan dan dijangka akan dapat disiapkan pada pertengahan bulan Oktober depan.

“Ini susulan aduan mengenai kelewatan pihak TM untuk menaik taraf pelanggan Streamyx ke Unifi di Kampung Lahar Tiang.

“Satu pertemuan antara pihak SKMM Negeri Pulau Pinang bersama-sama dengan wakil pihak TM, pengadu dan wakil penduduk Kampung Lahar Tiang juga telah diadakan pada Sabtu lalu berhubung isu tersebut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN