Ziyad tak sabar pertahan emas di Tokyo - Utusan Malaysia

Ziyad tak sabar pertahan emas di Tokyo

ZIYAD ZOLKEFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Semangat jaguh lontar peluru para negara, Ziyad Zolkefli untuk mempertahankan pingat emas kini semakin membara. 

Kata Ziyad selepas terlalu lama menunggu ekoran penangguhan temasya kerana pandemik Covid-19 dia sudah tidak sabar untuk beraksi dan mahu melepaskan semua ‘geram’ yang terbuku selama ini. 

Ziyad berkata, persiapan sudah dilakukan sepanjang tempoh setahun ini dan biarpun tidak berjalan seperti yang diinginkan kerana  Covid-19 tetapi dia yakin mampu beraksi cemerlang di Tokyo.

“Apa yang boleh saya cakap, persiapan kali ini memang gila-gila dan luar biasa. Tak pernah dikuarantin dan tak boleh ke mana-mana dalam tempoh lebih lima bulan. 

“Nak balik rumah pun tak boleh. Saya berdoa semoga semuanya berjalan lancar. Insya-Allah kalau Allah berikan saya kejayaan Alhamdulillah sebab saya janji akan usaha dan beri yang terbaik untuk negara,” katanya. 

Sementara itu Ziyad berkata, kegagalan mempertahankan emas pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2019 menjadi detik amat bermakna buat dirinya dan mengambil dari sudut positif bahawa dia tidak boleh terlalu selesa dengan apa yang pernah dipegangnya selama ini. 

Katanya, kekecewaan itu menjadi pengajaran untuknya supaya tidak terus berasa selesa selepas menikmati pelbagai kejayaan di pentas dunia dengan kemuncaknya memenangi pingat emas Sukan Paralimpik 2016 di Rio.

Sukan Paralimpik akan membuka tirai pada dari 24 Ogos-5 September ini dengan cabaran negara akan digalas 22 atlet dalam sembilan jenis sukan. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.