Warga asing pecah masuk restoran Jalan Kuchai Lama ditahan polis

Warga asing pecah masuk restoran ditahan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang lelaki warga asing ditahan polis selepas disyaki pecah masuk sebuah restoran di Jalan Kuchai Lama, dekat sini semalam. 

Kejadian tersebut disedari pemilik restoran itu yang dimakumkan pekerjanya pada pukul 8 pagi. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Basri Sagoni berkata, hasil pemeriksaan pada kamera litar tertutup (CCTV) mendapati kejadian dipercayai berlaku antara pukul 4.30 pagi hingga 5 pagi. 

Katanya, berdasarkan CCTV, didapati seorang lelaki memakai t-shirt putih dan pelitup muka berwarna hitam telah memecahkan grill bahagian hadapan kedai sebelum dilihat menuju ke meja kaunter dan mengambil peti wang tunai dan beredar. 

“Bertindak atas maklumat, kita menjalankan serbuan di Jalan 6/116B off Jalan Kuchai Lama kira-kira pukul 3.32 petang dan menahan lelaki warga asing berusia 26 tahun. 

“Suspek ditahan reman selama 14 hari di bawah Akta Imigresen 1959/63 untuk penyiasatan lanjut di bawah  Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana melakukan jenayah pecah kedai,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Basri berkata, dalam serbuan itu, pihak polis turut merampas wang tunai, pakaian dan peralatan yang dipercayai telah digunakan oleh suspek semasa melakukan jenayah. 

“Sebarang maklumat berkaitan jenayah boleh disalurkan kepada Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya