Wanita UMNO teguh pertahan parti - Utusan Malaysia

Wanita UMNO teguh pertahan parti

NORAINI AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Keputusan Datuk Seri Dr Noraini Ahmad meletak jawatan sebagai Menteri Pengajian Tinggi semalam  jelas menunjukkan Ketua Wanita UMNO itu seorang berjiwa besar.

Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Norliza Abdul Rahim berkata, keputusan tersebut adalah satu tindakan yang sangat berani. 

“Moga Allah SWT merahmati, memberi kekuatan dan ketabahan kepada Datuk Seri Dr Noraini Ahmad,” kata beliau  dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, Wanita UMNO akan terus berdiri teguh di belakang Noraini untuk terus mempertahankan UMNO dalam memperjuangkan kebenaran sejati.

Wanita UMNO tidak sesekali gentar dan undur walaupun dalam keadaan sukar sekalipun, keutamaan sekarang ialah membantu rakyat sebaik habis dalam keadaan seadanya,” tegas kenyataan itu.

Semalam, Noraini yang juga Ahli Parlimen Parit Sulong melepaskan jawatannya  sebagai Menteri Pengajian Tinggi serta-merta.

Keputusan itu  dibuat berdasarkan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 3 Ogos lalu.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN