Wanita parah dihempap pagar rumah, kereta - Utusan Malaysia

Wanita parah dihempap pagar rumah, kereta

PASUKAN bomba menyelamatkan mangsa yang masih berada di bawah pagar yang dirempuh sebuah kenderaan di Taman Luyang, Kota Kinabalu. - IHSAN JBPM SABAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Tiada tempat yang selamat walaupun rumah sendiri. Begitulah situasi yang berlaku di Taman Luyang dekat sini apabila sebuah kenderaan tiba-tiba merempuh pagar rumah lalu menghempap seorang wanita yang berada di pekarangan rumah berkenaan.

Mangsa, Maria Jari, 41, seorang warga Indonesia mengalami cedera parah dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 10 pagi ini.

Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menerima panggilan kecemasan mengenai insiden tersebut pada 10.25 pagi dan enam pegawai bergegas ke lokasi kejadian dengan menaiki dua buah jentera.

Penguasa Bomba Kanan II, Mohd Mizan Minin yang mengetuai operasi memaklumkan, sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian didapati seorang mangsa wanita mengalami cedera parah apabila dihempap dengan pagar yang dilanggar oleh sebuah kereta jenis Proton Saga.

Mangsa kemudiannya diberikan rawatan awal oleh unit bantuan perkhidmatan perubatan kecemasan (EMRS) dan seterusnya dihantar ke hospital untuk rawatan selanjutnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.