Wanita ditegur abang terjun dari jejantas - Utusan Malaysia

Wanita ditegur abang terjun dari jejantas

SEORANG wanita cedera selepas terjun dari jejantas di Setia Walk, Puchong petang tadi.- IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang wanita orang kurang upaya (OKU) cedera selepas terjun daripada jejantas di Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) menghala Shah Alam berhampiran Setia Walk, Puchong di sini, petang tadi.

Wanita berusia 44 tahun itu cedera di mata kiri, bibir dan kaki kiri disyaki patah serta dirawat di Hospital Serdang.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A.A . Anbalagan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 5.25 petang apabila mangsa terbaring cedera parah di lorong kiri di lokasi kejadian.

Katanya, difahamkan mangsa mempunyai masalah mental dan mendapatkan rawatan psikiatri di Hospital Teluk Intan, Perak namun datang ke Selangor sejak empat bulan lalu untuk dijaga  abangnya.

“Punca tindakan berikutan mangsa selisih faham dengan keluarganya lalu mengalami tekanan dan cuba untuk membunuh diri.

“Punca perselisihan faham adalah kerana mangsa selalu merayau dan menghilangkan sehingga ditegur oleh abangnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, setiap dua minggu mangsa turut mendapatkan suntikan untuk rawatan psikiatri di Klinik Kesihatan Batu 14, Puchong.

Ujarnya, mangsa masih perlu mendapatkan rawatan dan keadaan kini stabil. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya