Waktu serah SD calon PM berakhir, siapa dapat perkenan Seri Paduka? - Utusan Malaysia

Waktu serah SD calon PM berakhir, siapa dapat perkenan Seri Paduka?

YANG Dipertua Dewan Negara dan Yang Dipertua Dewan Rakyat akan menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pagi ini. – UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Detik pukul 4 petang menandakan berakhirnya penyerahan surat akuan bersumpah (SD) berhubung calon Perdana Menteri kesembilan kepada Istana Negara.

Justeru, tumpuan kini ke arah kenyataan media Istana Negara bagi mengumumkan Perdana Menteri baharu selepas diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Berdasarkan Perkara 43 (2) (a) Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.

Walaupun masing-masing mendakwa mempunyai sokongan, namun sehingga kini tiada pihak sama ada Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) berjaya membuktikan nombor sebenar untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.

Semalam Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun dalam surat rasmi kepada semua 220 ahli Parlimen memaklumkan setiap anggota Dewan Rakyat perlu menyerahkan satu surat akuan yang menyatakan dengan terang dan jelas seorang ahli Dewan Rakyat yang diberi kepercayaan untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang kesembilan.

Surat akuan itu juga perlu melengkapkan butiran yang disenaraikan antaranya meletakkan hanya satu calon Perdana Menteri, tandatangan anggota Dewan Rakyat, cap rasmi saksi dan tarikh surat akuan.

Ahli-ahli Dewan Rakyat juga diminta untuk menjaga kerahsiaan surat akuan berkenaan sehingga satu keputusan diputuskan oleh Seri Paduka.

Mereka juga menghantar SD itu menerusi e-mel, faks atau WhatsApp.

Perkembangan itu susulan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri pada Isnin lalu selepas beliau tidak lagi mempunyai sokongan majoriti daripada ahli-ahli Parlimen Dewan Rakyat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN