UMNO Pahang sokongan Presiden UMNO - Utusan Malaysia

UMNO Pahang sokongan Presiden UMNO

WAN ROSDY WAN ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Badan Perhubungan UMNO Pahang menyokong penuh kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi petang semalam atas pendirian UMNO tentang kemelut semasa.

Pengerusinya, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, Badan Perhubungan UMNO negeri meminta kepemimpinan serta ahli-ahli parti pelbagai peringkat, agar terus bersama-sama menyokong keputusan itu.

“Ia selari dengan apa yang telah dicapai pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) lalu.

“Sambil itu, fokus kita hendaklah ke arah menangani kemaslahatan rakyat jelata yang sehingga kini, masih terkesan dengan pelbagai langkah dan kekangan dihadapi akibat wabak pandemik Covid-19,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, UMNO memilih mengambil berpendirian berpihak kepada Yang di-Pertuan Agong dan tidak akan mempertahan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ahmad Zahid berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang berlangsung secara maya.

Katanya, MT UMNO sepakat menarik sokongan kepada PN dan Muhyiddin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN