Tragedi kepala air: 'Saya sedih, hiba lihat keadaan 1,856 kediaman, premis perniagaan musnah' - Utusan Malaysia

Tragedi kepala air: ‘Saya sedih, hiba lihat keadaan 1,856 kediaman, premis perniagaan musnah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Selepas lawatan di Merbok, Daerah Kuala Muda, Kedah saya kini berada di Titi Hayun, Yan, bagi melihat sendiri kesan bencana banjir yang berpunca daripada fenomena kepala air yang melanda kawasan ini tempoh hari”.

Demikian jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam hantaran di akaun Facebook miliknya, petang ini.

Beliau melahirkan rasa sedih dan hiba melihat keadaan 1,856 kediaman dan premis perniagaan yang musnah dan terjejas teruk akibat bencana alam itu.

“Banjir buruk yang berlaku telah meragut enam nyawa dan ketika saya berada di Titi Hayun, mayat mangsa keenam yang hilang dalam tragedi kepala air dan banjir lumpur di kaki Gunung Jerai ditemukan pasukan penyelamat.

“Al-Fatihah kepada mangsa-mangsa yang terkorban. Semoga keluarga mereka tabah menghadapi ujian ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya