Tindakan UMNO tidak selari dengan semangat Muafakat Nasional - Utusan Malaysia

Tindakan UMNO tidak selari dengan semangat Muafakat Nasional

TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tindakan Presiden UMNO yang menarik diri daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak selari dengan semangat penyatuan ummah seperti yang termaktub di dalam piagam Muafakat Nasional.

Berikutan itu, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pas dukacita dengan langkah tersebut sekali gus ia boleh menjejaskan perancangan Pelan Pemulihan Negara dan usaha menangani penularan Covid-19.

“Pas melahirkan rasa dukacita dengan langkah Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Presiden UMNO yang bertindak mengarahkan ahli Parlimen UMNO menarik diri daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Tindakan itu juga tidak selari dengan semangat penyatuan ummah seperti yang termaktub di dalam piagam Muafakat Nasional. Ia secara tidak langsung akan menggugat perancangan Pelan Pemulihan Negara dan usaha menangani penularan Covid 19, serta usaha membantu rakyat yang terjejas teruk kini,” Katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, UMNO memilih mengambil pendirian berpihak kepada Yang di-Pertuan Agong dan tidak akan mempertahan kerajaan PN pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ahmad Zahid berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang berlangsung secara maya baru-baru ini.

Bagaimanapun, jelas Tuan Ibrahim, kekuatan politik Melayu Islam tetap perlu dipertahankan demi kestabilan politik seluruhnya.

“Pas kekal yakin dengan asas penubuhan Muafakat Nasional yang bermatlamatkan kesatuan ummah serta membina kekuatan politik Melayu Islam perlu terus dipertahankan demi kestabilan politik, keharmonian kaum dan kesejahteraan negara,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya