Tiga PATI ditahan berjudi sabung ayam - Utusan Malaysia

Tiga PATI ditahan berjudi sabung ayam

PONDOK kayu yang dijadikan lokasi tiga PATI bermain judi sabung ayam di Felda Bukit Waha, Kota Tinggi, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Tiga pendatang asing tanpa izin (PATI) daripada Indonesia ditangkap di sebuah pondok kayu bersama 16 ekor ayam yang dipercayai digunakan untuk bermain sabung judi ayam di Felda Bukit Waha, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora berkata, kesemua lelaki berusia 25 tahun hingga 59 tahun itu diberkas kira-kira pukul 10 malam oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Kota Tinggi diketuai Inspektor Dev Mikhail.

“Polis juga merampas 13 ekor ayam kampung, tiga ekor ayam laga, wang tunai berjumlah RM488 dan juga barang-barang yang digunakan sebagai persediaan laga ayam.

“Kesemua suspek yang tidak mempunyai dokumen perjalanan diri direman selama 14 hari sehingga 28 Ogos untuk membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, jika disabitkan kesalahan boleh dihukum denda sehingga RM5,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Tambah Hussin, kes juga disiasat di bawah Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih lima tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya dan boleh dikenakan sebatan tidak lebih daripada enam sebatan, jika sabit kesalahan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN