Tiga lelaki ditahan bunuh penternak lembu - Utusan Malaysia

Tiga lelaki ditahan bunuh penternak lembu

KAMARUL Zaman Mamat (tengah) meninjau tempat mayat seorang penternak lembu yang ditemukan mati dengan kesan tembakan dan tikaman di Estet Kongsi 14, Jalan Bukit Selambau, Sungai Petani. - UTUSAN/OTHMAN YAHAYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Polis menahan tiga suspek lelaki bagi membantu siasatan kes seorang penternak lembu yang ditemukan dengan kesan tembakan dan tikaman di Estet Kongsi 14, Jalan Bukit Selambau di sini semalam.

Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, tiga lelaki terbabit berusia antara 18 hingga 34 tahun di kawasan berdekatan kejadian hari ini.

“Kesemua mereka direman selama tujuh hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mayat seorang penternak lembu berusia 38 tahun ditemukan dengan kesan tembakan dan tikaman di Estet Kongsi 14, Jalan Bukit Selambau dekat sini semalam.

Beliau berkata, pihaknya sedang mengesan beberapa lagi suspek yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian.

Tambahnya, siasatan sedang dilakukan daripada semua sudut bagi mengenal pasti punca kejadian sebenar.

“Kita masih siasat lagi kenapa berlaku demikian dan sama ada ia berpunca daripada pergaduhan, ia masih dalam siasatan kita.

“Ada yang kata pergaduhan kongsi gelap dan dadah, kita pun belum pasti lagi dan siasatan akan terus dilakukan termasuk melakukan penahanan dari semasa ke semasa,” katanya.

Selain itu katanya, siasatan belum menemukan sebarang senjata tajam atau senjata api yang digunakan dalam kejadian tersebut.

“Kita hanya menemukan beberapa kelongsong peluru di lokasi kejadian,” jelasnya.

Tambahnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk dibedah siasat.

“Selepas selesai bedah siasat, baru kita tahu berapa kesan tembakan pada bahagian hadapan dan belakang mangsa,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya