Tiada pengumuman Kabinet hari ini - Utusan Malaysia

Tiada pengumuman Kabinet hari ini

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak membuat sebarang pengumuman hari ini berhubung senarai barisan Kabinet.

Perkara itu disahkan Pejabat Perdana Menteri selepas Perdana Menteri selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang  hari ini.

“Tiada pengumuman dibuat oleh YAB PM hari ini,” katanya.

Pada sesi menghadap yang berlangsung selama 1 jam 30 minit bermula pukul 11 pagi ini, Seri Paduka berkenan menerima persembahan senarai anggota Jemaah Kabinet baharu daripada Ismail Sabri susulan pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri kesembilan.

Dalam kenyataan Istana Negara, sesi menghadap hari ini adalah kali kedua bagi Ismail Sabri selaku Perdana Menteri dengan sesi menghadap pertama berlangsung selepas Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia beliau sebagai Perdana Menteri di Istana Negara pada 21 Ogos lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya