‘Tegak demokrasi, patuh undang-undang tubuh’ - Hasni - Utusan Malaysia

‘Tegak demokrasi, patuh undang-undang tubuh’ – Hasni

HASNI MOHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad memuat naik satu ciapan di laman Twitternya dipercayai ada kaitan dengan kemelut politik yang berlaku antara UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di peringkat nasional.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri tu berkata, mereka akan terus menegakkan demokrasi dan mematuhi Undang-Undang Tubuh Negeri Johor.

“We will continue to uphold democracy and abide by Undang-Undang Tubuh Negeri Johor,” tulisnya ringkas di Twitter @Hasni_Johor pada pukul 1.23 petang hari ini.

Usaha Utusan Malaysia untuk mendapatkan reaksi Hasni yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO terhadap isu yang berlaku belum berhasil setakat ini.

Sementara itu, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Suhaizan Kaiat berkata, sidang DUN Johor yang dijadualkan bermula 12 Ogos ini akan berjalan seperti biasa meskipun terdapat dua kes positif Covid-19 melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Beliau berkata, dua wakil rakyat itu termasuklah Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri, Solihan Badri yang juga ADUN Tenang dan ADUN Mahkota, Muhamad Said Jonit.

“Selepas Solihan disahkan positif, semua pemimpin negeri termasuk saya melakukan ujian calitan kerana mengambil kira kami sebagai kontak rapat. Alhamdulillah kesemua kami termasuk Exco negeri lain negatif.

“Keadaan kedua-dua mereka juga baik, bagaimanapun kesemua ADUN termasuk pegawai kerajaan yang akan menghadiri sidang DUN perlu menjalani ujian calitan pada Isnin ini dengan sesiapa yang positif tidak akan dibenarkan masuk,” katanya.

Sementara itu, ketika ditanya apakah ada usul-usul tertentu yang dikemukakan dalam Sidang DUN itu, Suhaizan berkata, hanya satu usul diterima daripada ADUN Skudai, Tan Hong Pin berkaitan Covid-19 termasuk program vaksinasi dan Pelan Pemulihan Negara.

“Setakat ini, hanya itu yang diterima kerana ADUN mempunyai tempoh 14 hari untuk mengemukakan sebarang usul sebelum sidang bermula dan dengan hanya tinggal beberapa hari saya kira tiada usul lain yang akan dikemukakan.

“Benar mereka boleh mengemukakan usul tergempar tetapi ada beberapa kriteria yang perlu diambil kira sebelum saya yang bertanggungjawab sebagai Speaker sama ada ia boleh diteruskan atau tidak,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN