Tebing runtuh bangunan tidak selamat diduduki - Utusan Malaysia

Tebing runtuh bangunan tidak selamat diduduki

KEADAAN tanah runtuh ekoran batu menggelongsor dari tebing Bangunan Pusat Ilmu Falak Sheikh Tahir di Jalan Pantai Acheh, Balik Pulau, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALIK PULAU: Bangunan Pusat Ilmu Falak Sheikh Tahir di Jalan Pantai Acheh, di sini tidak selamat diduduki ekoran berlaku kejadian batu menggelongsor dari tebing sehingga menyebabkan tanah runtuh, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu, tiada mangsa dilaporkan terlibat dan difahamkan, terdapat tiga batu besar menggelongsor di atas jalan berpunca daripada hujan lebat lebih sejam di kawasan berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Balik Pulau, Mohd. Faris Idris berkata, pihaknya ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima maklumat daripada orang awam.

“Pemantauan awal pihak bomba mendapati bangunan pusat falak ini tidak selamat untuk diduduki melainkan dengan kelulusan pihak berwajib.

“Kerja-kerja pembersihan sedang dijalankan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) di lokasi terlibat dan mungkin mengambil masa sekitar satu atau dua hari,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Mohd. Faris, laluan utama penduduk di sekitar Jalan Pantai Acheh itu juga ditutup buat sementara waktu kepada penduduk berhampiran bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembersihan.

“Orang ramai juga dinasihatkan berhati-hati menggunakan laluan di kawasan sekitar terutama ketika hujan lebat,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN