'Tahniah semua, jaga rakyat kerana ini keutamaannya' - Shamsul Anuar - Utusan Malaysia

‘Tahniah semua, jaga rakyat kerana ini keutamaannya’ – Shamsul Anuar

SHAMSUL ANUAR NASARAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Bekas Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah yang tidak tersenarai dalam barisan Kabinet diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah dan selamat bertugas kepada mereka yang dilantik.

Shamsul Anuar yang meletak jawatan pada 3 Ogos lalu berkata, harapannya agar Kabinet yang dibentuk akan melakukan yang terbaik untuk negara dan rakyat.

Menurut Ahli Parlimen Lenggong itu, pelantikan Kabinet sememangnya ditunggu oleh semua.

“Saya pastinya bersyukur kerana UMNO, BN (Barisan Nasional) kembali menerajui kerajaan dan saya dapat sedikit menyumbang hingga UMNO kembali menerajui serta membentuk kerajaan.

“Tahniah kepada semua. Jaga rakyat kerana ini keutamaannya.

“Kepada Allah kita berserah. Kerana Dia yang mengatur semuanya, Alhamdulillah,” katanya dalam hantaran di Facebook beliau hari ini.

Shamsul Anuar meletak jawatan Menteri Tenaga dan Sumber Asli pada 3 Ogos lalu kerana mematuhi keputusan pucuk pimpinan parti yang menarik balik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam senarai Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri hari ini, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dilantik Menteri Tenaga dan Sumber Asli.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya