‘Sumbangan kepada petugas barisan hadapan umpama hadiah kepada saya’ - Raja Zarith Sofiah - Utusan Malaysia

‘Sumbangan kepada petugas barisan hadapan umpama hadiah kepada saya’ – Raja Zarith Sofiah

RAJA Zarith Sofiah Sultan Idris Shah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah bertitah, baginda menolak untuk menerima sebarang hadiah sempena sambutan ulang tahun keputeraan yang ke-62 pada 14 Ogos ini.

Sebaliknya Raja Zarith Sofiah meminta mana-mana pihak yang mahu berbuat demikian boleh menyumbang kepada petugas barisan hadapan negara.

Titah baginda, hal itu kerana petugas barisan hadapan negara telah bekerja keras memerangi pandemik Covid-19 terutamanya kakitangan perubatan.

“Saya menerima dan mensyukuri semua yang ingin meraikan ulang tahun keputeraan saya, namun dalam keadaan luar biasa kini, saya amat terkesan dengan komitmen dan usaha petugas barisan hadapan kita.

“Oleh itu, saya akan anggapkan apa-apa bantuan kepada mereka sebagai hadiah ulang tahun keputeraan saya yang begitu istimewa,” titah baginda kepada Royal Press Office menerusi satu kenyataan, hari ini.

Selain kakitangan perubatan, petugas barisan hadapan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) antara agensi penguatkuasaan bertungkus lumus melakukan tugas di seluruh negara.

Kehadiran golongan itu di sekatan jalan raya, pusat kuarantin mahupun di pusat pemberian vaksin bersama-sama sukarelawan membantu kerajaan dalam usaha memerangi Covid-19 sejak Mac tahun lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN