SOP terkini MKN: 11 sektor ekonomi di Pulau Pinang dibenarkan dibuka semula - Utusan Malaysia

SOP terkini MKN: 11 sektor ekonomi di Pulau Pinang dibenarkan dibuka semula

CHOW KON YEOW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Sebanyak 11 sektor ekonomi di Pulau Pinang akan dibuka semula mengikut kemudahan Perdagangan dan Pengedaran Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) meskipun negeri ini belum mencapai 50 peratus kadar vaksinasi penuh.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, ini kerana terdapat pindaan terkini prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenai kelonggaran sektor ekonomi yang dibenarkan dibuka semula bermula semalam.

“Banyak sektor ekonomi dibenarkan beroperasi mulai hari ini dan kita tidak perlu menunggu kadar vaksinasi 50 peratus daripada dos kedua untuk populasi orang dewasa.

“MKN telah mengeluarkan SOP terkini mengenainya, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) akan mengeluarkan SOP masing-masing mengenai hal ini,” katanya selepas meninjau Program Vaksinasi Industri Peruncitan (RiVAC) di sini hari ini.

Kelmarin, kerajaan mengumumkan sebanyak 11 sektor ekonomi akan dibuka semula untuk negeri-negeri Fasa 1 PPN.

Menurut Kon Yeow, perubahan dalam SOP MKN itu boleh berlaku memandangkan banyak negeri lain tidak akan dapat mencapai kadar vaksinasi penuh 50 peratus.

“Pada masa ini Pulau Pinang telah mencapai 38.1 peratus vaksinasi lengkap dan dijangka mencapai 40 peratus pada Khamis ini.

“Kita yakin Pulau Pinang akan dapat mencapai 50 peratus vaksinasi lengkap pada akhir bulan ini,” katanya.

Tambah beliau, Pulau Pinang sedang memasuki tahap akhir untuk menyelesaikan pemberian dos pertama kepada populasi dewasa.

“Pemberian dos pertama vaksin kepada orang dewasa telah mencapai 71.5 peratus dan kita sasar untuk capai 100 peratus pada minggu pertama September,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN