Sidang DUN Perak: ADUN belum divaksin ditempatkan di bilik khas - Utusan Malaysia

Sidang DUN Perak: ADUN belum divaksin ditempatkan di bilik khas

SAARANI MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) didapati belum menerima suntikan vaksin Covid-19 namun sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang dijadualkan  25 Ogos ini tetap diteruskan.

Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad berkata,  pihaknya belum menerima jawapan daripada ADUN berkenaan mengapa belum menerima vaksin menjelang sidang DUN tidak lama lagi.

“Setakat ini ada seorang. ADUN yang mana, itu kita akan beritahu kemudian.

“Beliau masih tidak bagi jawapan kepada saya, dia sahaja yang tahu (mengapa tidak ambil vaksin),” katanya dalam sidang akhbar selepas penyerahan hak milik dan Notis 5A  melibatkan 26 Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) dan 12 Rancangan Pertanian Berkelompok (RPB) di seluruh negeri secara maya hari ini.

Menurut Saarani, berikutan itu, pihaknya akan mengambil langkah dengan menempatkan ADUN tersebut di dalam sebuah bilik khas semasa sesi sidang berlangsung.

Hari ini,  Speaker DUN Sabah, Datuk Kadzim M. Yahya dalam satu kenyataan memaklumkan Sidang DUN Sabah ke-16 yang sebelum ini dijadualkan selama tiga hari bermula Selasa inj ditangguhkan ke tarikh baharu iaitu 21 hingga 23 September.

Menurutnya, penangguhan dilakukan kerana mengambil kira keadaan semasa yang tidak mengizinkan untuk sidang DUN diadakan mengikut jadual yang telah ditetapkan. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN