Sidang DUN Negeri Sembilan diteruskan seperti dijadual - Utusan Malaysia

Sidang DUN Negeri Sembilan diteruskan seperti dijadual

AMINUDDIN Harun dalam sidang akhbar secara dalam talian selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan tetap diteruskan mengikut tarikh dijadualkan iaitu dari 3 hingga 8 September ini.

Sehubungan itu, Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, Unit Dewan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan akan mendapatkan perincian prosedur operasi standard (SOP) daripada pihak Parlimen dan beberapa negeri lain sebelum satu SOP lain dikeluarkan bagi tujuan berkenaan.

“Ia bagi memastikan kita mematuhi SOP yang baik, demi keselamatan kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang hadir,” katanya dalam sidang akhbar secara dalam talian selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco, hari ini.

Yang Dipertua DUN Negeri Sembilan, Datuk Zulkefly Mohamad Omar hari ini dilaporkan berkata, persidangan DUN Negeri Sembilan tetap berjalan seperti yang dijadualkan meskipun terdapat perubahan di peringkat kerajaan Persekutuan.

Jelasnya, perubahan mungkin berlaku di negeri lain, tetapi tidak di Negeri Sembilan yang masih kekal di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Persidangan DUN Negeri Sembilan diadakan empat hari yang dimulakan pada 3 September ini dengan perasmian titah ucapan disempurnakan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.

Persidangan itu diteruskan dengan ADUN membahaskan titah ucapan Tuanku Muhriz selain beberapa Rang Undang-Undang (RUU) yang dibawa semasa persidangan DUN kali ini yang berakhir pada 8 September ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN