Sembilan dikompaun gagal patuhi SOP PPN Fasa 1 

Sembilan dikompaun gagal patuhi SOP PPN Fasa 1 

ANGGOTA KPDNHEP Selangor melakukan pemantauan SOP PPN Fasa 1 menerusi Op Samar di IOI Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri (KPDNHEP) Selangor mengeluarkan sembilan kompaun bernilai RM56,000 terhadap lima syarikat perbadanan dan empat individu menerusi penguatkuasaan Op Samar setakat hari ini. 

Kompaun itu dikenakan melalui pemantauan prosedur operasi standard (SOP) terhadap 22 subsektor perdagangan dan pengedaran yang dibenarkan beroperasi dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

KPDNHEP Selangor berkata, terbaharu, pihaknya melakukan pemeriksaan Op Samar bersama pihak pengurusan kompleks ke atas 122 premis di IOI City Mall, Putrajaya dekat sini dan mendapati peniaga mematuhi SOP serta membuat kawalan ke atas kemasukan pengunjung. 

“Pengunjung yang menerima vaksinasi lengkap sahaja dibenarkan memasuki premis perniagaan. 

“Selain itu, pemeriksaan secara rawak ke atas pekerja dan pengunjung juga dilakukan dan hasil pemeriksaan mendapati semua pekerja serta pengunjung mengimbas MySejahtera sebelum memasuki premis,” katanya hari ini. 

Mengetuai Op Samar hari ini ialah Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Selangor, Muhamad Zikril Azan Abdullah, Ketua Pegawai Penguat Kuasa Negeri Selangor, Aminuddin Muhammad dan Ketua Pegawai Penguat Kuasa Daerah Sepang, Mohd. Hapis Manan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya