Selangor kekal penyumbang kematian Covid-19 tertinggi

Selangor kekal penyumbang kematian Covid-19 tertinggi

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia mencatatkan sebanyak 223 kematian Covid-19 dengan melibatkan 118 lelaki dan 105 perempuan, manakala Selangor terus menjadi penyumbang terbanyak iaitu 77 orang. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, selain Selangor, 27 kes di Sabah, 23 kes di Kedah, 20 kes di Pulau Pinang, masing-masing 18 kes di Kuala Lumpur dan Melaka, 14 kes di Johor, 11 kes di Negeri Sembilan, tujuh kes di Perak, lima kes di Pahang, dua kes di Sarawak dan satu kes di Putrajaya.

“Daripada jumlah keseluruhan kematian sebanyak 199 daripada jumlah harian adalah warga tempatan dan 24 warga asing manakala kematian di rumah pula, seramai 35 orang iaitu 28 warga tempatan dan tujuh warga asing. 

“Majoriti kematian melibatkan pesakit mempunyai pelbagai latar belakang penyakit dengan mencatatkan seramai 171 orang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Noor Hisham berkata, Malaysia mencatatkan penurunan kes positif Covid-19 iaitu 22,262 kes berbanding semalam, 23,564 kes sekali gus mengatasi kes sembuh iaitu 18,576 kes dengan 1,035 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 513 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 260,880 kes aktif. 

Katanya, Selangor terus menjadi penyumbang terbesar apabila merekodkan sebanyak 7,011 kes diikuti Sabah (2,651), Sarawak (1,964), Kedah (1,880), Johor (1,558), Pulau Pinang (1,459), Kuala Lumpur (1,220) dan Kelantan (1,039). 

“Lima negeri mencatatkan kes tiga angka iaitu Perak (946), Melaka (882), Pahang (664), Terengganu (495) dan Negeri Sembilan (405).  Satu wilayah dan negeri pula mencatatkan kes dua angka iaitu Putrajaya (41) dan Perlis (38) manakala Labuan hanya sembilan kes,” katanya.

Mengulas mengenai 32 kematian, beliau berkata, tempat kerja mencatatkan 18 kluster diikuti 13 kluster komuniti dan satu kluster keagamaan. 

“Kluster tempat kerja melibatkan lima di Melaka, empat di Johor, tiga di Selangor, dua di Kelantan manakala Negeri Sembilan, Pahang, Sabah dan Kuala Lumpur, masing-masing satu kluster. 

“Kluster komuniti pula, lima di Kelantan, Johor dan Pahang, masing-masing dua kluster serta Kedah, Sarawak dan Selangor, masing-masing satu kluster manakala Kluster keagamaan dicatatkan satu di kluster,” katanya. 

Dalam perkembangan berkaitan, Noor Hisham berkata, sebanyak 18,374 kes bersamaan 82.5 peratus daripada jumlah kes, tiada atau tidak lengkap vaksinasi. 

Katanya, terdapat 469 kes bersamaan 2.1 peratus adalah kategori tiga, empat dan lima, manakala sebanyak 21,793 kes bersamaan 97.9 peratus daripada kategori satu dan dua. 

“Sebanyak 184 kes kategori lima dengan 164 kes bersamaan 89.1 peratus tiada atau tidak lengkap vaksinasi dan 81 kes kategori empat dengan 67 kes bersamaan 82.7 peratus tiada atau tidak lengkap vaksinasi.

“Kategori tiga dengan 204 kes serta 175 kes bersamaan 85.8 peratus tiada atau tidak lengkap vaksinasi, 10,803 kes kategori dua dengan 8,933 kes bersamaan 82.7 peratus tiada atau tidak lengkap vaksinasi serta 10,990 kes kategori satu dengan 9,035 kes tiada atau tidak lengkap vaksinasi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN