'Saya tidak akan sekali-kali bersekongkol dengan kumpulan kleptokrat' - Utusan Malaysia

‘Saya tidak akan sekali-kali bersekongkol dengan kumpulan kleptokrat’

MUHYIDDIN YASSIN- PMO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, beliau tidak sesekali mengorbankan prinsipnya untuk bersekongkol dengan kumpulan kleptokrat dengan mencampuri bidang kuasa badan kehakiman.

Tegas Muhyiddin, beliau boleh mengambil jalan mudah dengan mengorbankan prinsip untuk kekal sebagai Perdana Menteri namun itu bukan pilihannya.

“Enam tahun yang lalu, saya dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri semata-mata kerana saya mempertahan prinsip untuk tidak berkompromi dalam kes penyelewengan 1MDB.

“Saya berjuang, saya berkorban, akhirnya Allah mengangkat martabat perjuangan saya sehingga saya diberikan amanah untuk memimpin negara ini sebagai Perdana Menteri. Namun, telah ditakdirkan bahawa hari ini adalah hari terakhir saya sebagai Perdana Menteri dan saya reda dengan ketentuan Ilahi.

“Sesungguhnya, jawatan yang telah saya pikul ini bukanlah suatu kemegahan. Ia datang dengan suatu bebanan tanggungjawab yang berat. Saya memimpin negara dalam keadaan krisis kesihatan dan ekonomi yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Pada masa yang sama saya terus digugat dari segi politik,” katanya dalam Perutusan Khas hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya